Sunday, November 1, 2009

Balasan perepmpuan yang kerek

Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan. Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya.

"Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh.

Bengang giler mamat tu. Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya.

"Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi.

Lagi lar menyampah giler mamat tu. Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif.

"Proootttt!! ! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu. "Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..," kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif.

Saturday, October 31, 2009

pelawak~

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek...

Lalu hakim berkata.. "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab... kamu akan dibebaskan.."

Ahli Falsafah mula berkata.. "Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum...".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan. . lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan... "Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif..." Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan. ..

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan.. . "Cuba jawab 1253*254-45557+ (5454*25451) dalam masa 5 saat..". Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat.. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan. .

Giliran terakhir pergi kepada pelawak.. "Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak.. Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat.. Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim.. "Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?" Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi.. hakim berkata... "Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".

"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".

Pelawak itu kemudian dibebaskan.

Drebar Jam Dinding

Ada sekali tu ketua kampung orang asli tu telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah -olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak.Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas dicelah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya "OOOO... patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt....!!"

Thursday, October 29, 2009

Buah-buahan Tempatan dan orang Cannibal

seyes ni lawak..

muahaha, gelak dulu k sblom baca~


Pada satu hari 3 orang lelaki telah sesat ke dalam hutan.

Mereka telah ditangkap oleh satu puak orang asli yang makan manusia (kira macam cerita cannibal holocaust ler ni).

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan.
Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.


Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat.

Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah tempatan dalam masa sejam. “Ah.. nie simple punya keje“ kata mereka dalam hati.


Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.


Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, “Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia! Kalau dia boleh bertahan, kita lepaskan“ Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.


Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama. Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.


Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua.

“Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?“ tanya roh pertama.

Jawab roh yang kedua, “Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa BUAH DURIAN!!“

KuRA-Kur@

T'dpt 3 ekor sahabat kura2..1 ari yg indah,mrk merancang utk mengembara. Maka,mrk pon mbawa la bekalan mknan secukupnyer..

Jln pnya jalan,da agak jauh sampai tetiba ujan pon turun...Lalu berbincangla 3 eko sahabat ni sape yg sanggup berpatah blik amik payung..Kura2 ke3 itu pon bersetuju utk amik payung tp ngan syarat kengkawannyer xleh makan bekalan diorang sampai dia balik..Kawannyer setuju..

Tunggu pny tunggu..ari berganti ari,kura2 ke3 xgak blik2 lg..sementara 2 ekor kwnnnyer tu da lapa siott.Lalu mrk pon bercadang tuk mkn aje bekalan tuh krana da 4 ari kura2 ke3 tu x balik dan mrk pon da mcm nak mati nyer lapa.

Sebaik aje mahu menjamah hidangan tu.tiba2 "HAAH!!!!! Tgk la korang tipu aku! Aku sembunyi blkg pokok ni br 4 ari pon korang da lupa janji..kalau aku blik pegi amik payung,sure korang terus tgal aku kan!!!!!!!"

polis pown ada perasaan

Pada satu malam,polis ni bertugas la nak tahan org yg bwk menyalahi undang2..pastu dtg la seorang pemuda yg tidak membuka lampu depan..

Polis : Apsal tak bukak lampu depan?Bahaya tau dak

Pemuda : Alah,sana lampu situ lampu sini lampu...brapa banyak nak bukak lampu?

Polis itu agak kebengangan lalu memancitkan tayar si penunggang tuh

Pemuda : Apsal ni?mcm mana saya nak balik?

Polis : lah..sana angin, situ angin brapa banyak angin nak guna?

Kisah Tok Batin dan seliparnya

Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu. Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500.

Maka dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la....... Maka pada suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya... lalu diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..)

Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat hentian bas..... Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah syampai.....?" Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu....

"Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba.

Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas. Last sekali dia naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.

"Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org asli dari cara dia berpakaian.

" Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan..", jawabTok selamba.... lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu.

Apabila sampai aje di pekan... konduktor memberi tahu penumpang, "OK dah sampai turun pelan-pelan.....!"

Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju... terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun mukanya cemas... Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu dia bertanya, "Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"

Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, "Mana shelipar aku..... tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga nie....... sapha kebassshh sheliparr aku.........!!"

Tuesday, October 27, 2009

Orang gila Junior, Senior dan Veteran

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa
di institusi tersebut.

Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil. Junior orang pertama dipanggil.
Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"

Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..."
Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

^^hua3

lawak lgi.

mggu ni mggu xm, busan sesangat x tau nak wat pe2.
so, arip xplore la cari lawak2 bodo mcm ni..
haha
enjoy~


Dua orang Datuk ahli perniagaan telah membuat perbincangan di sebuah hotel ternama. Sebelum mereka berbincang mengenai perniagaan, mereka berbual kosong mengenai diri masing-masing.


Datuk A : Datuk B, saya ada masalah sikit sebab driver saya tu bodoh sangatlah.
Datuk B : Datuk A, driver saya lagi bodoh.
Datuk A : Kalau begitu kita panggil driver kita, tengok siapa yang lebih bodoh.

Datuk A pun memenggil drivernya masuk ke bilik.

Datuk A : Mat, kau ambil duit RM10.00 pergi beli sebuah Mercedes mata belalang!
Mat : Baik datuk (terus keluar bilik)
Datuk A : Tengok! macam mana bodohnya driver saya.
Datuk B : Itu tak berapa bodoh, driver aku lagi bodoh, Datuk A tengoklah nanti.

Datuk B terus memanggil drivernya supaya masuk.

Datuk B : Abu, kau balik rumah saya sekejap, kau tengok ada tak saya kat rumah.
Abu : Baik datuk (terus keluar)
Datuk B : Datuk A tengoklah, saya tercongok kat sini dia tak boleh fikir.

Kedua-dua driver tadi bertemu di lobi hotel.

Mat : Abu, Datuk A tu bodoh betul laa... ada ke dia suruh aku beli mercedes mata belalang, kan hari ni hari minggu, kedai semua tutup.
Abu : Datuk B lagi bodoh, dia suruh aku balik tengok dia ada tak kat rumah? Dia ada h/phone, sepatutnya dia telefon aje lah

bus from KL to nepal..

naik pelik bila tgk bas ni..
adoyai..
ada lak bas dari KL ke NEPAL..
ikot jalan mna tah..
bas ni leh ikot laut or bleh terbang kot..
agak2 arr pown..
haha..

so, kat sini arip ada citer sikit.
citer siyes~

SUATU HARI SEORANG MAT BANGLA NAK PULANG KE NEGARANYA SEMULA..

MAT BANGLA: AKU NAK PULANG KE KAMPUNG LAA...

KAWAN: KENAPA?

MAT BANGLA: BINI AKU MENGANDUNG 3 BULAN..JADIK AKU NAK BERADA DI SAMPINGNYA..

KAWAN: SEJAK BILA KO TAK PULANG KE TANAH AIR??

MAT BANGLA: AKU TAK PULANG KIRA-KIRA 3 TAHUN YANG LALU...

KAWAN: HAAAA???

^^mangkok nya banglaa..
tinggal ja bini ko tu

meh jawab soklan ni.. sapa btoi den blanjo

Seorang lelaki Yg bisu pergi ke SuperMarket Untk membeli berus gigi...

Pekerja:Encik nak beli ape???

Lelaki Yg bisu:(Membuat gaya sedang memberus gigi)

Pekerja:(Mengangguk lalu mengambil berus gigi)

Lelaki Yg bisu:(Membayar lalu pergi)

Pada suatu hari...

Seorang lelaki Yg pekak pergi ke SuperMarket Untk membeli spekmata...

Pekerja:Encik nak beli ape???

(Apakah gaya Yg harus lelaki Yg pekak buat??)

Monday, October 26, 2009

kentot

video

teka teki _01


Teka teki lawak sementara menunggu waktu berbuka/bersahur..tapi jangan gelak lebih-lebih pula, nanti kurang pahala posa korang....

S : Bebanyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?
J : Ikan kembung.

S : Apa dia: bila kecik dia hitam, bila besar jadi putih?
J : Michael Jackson.

S : Bebanyak singa, singa apa yang tak makan daging?
J : Singapura.

S : Kenapa hidung lembu sentiasa berair?
J : Lembu tak tahu nak kesat hidungnya dengan tisu.

S : Burung apakah yang paling penyayang?
J : Burung belatuk... sebab dia bela atuk.

S : Lembu apakah yang selalu dicari?
J : Lembu apalagi... lembu yang hilanglah.

S : Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga,
tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tahu... apa dia?

J : Kentut...

S : Bom apakah yang tak pernah meletup?
J : Bomba ataupun kuih bom.

J : Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?
S : Teksi.

go3 liverpoo and fall back ManU!!


yeah..
i felt so glad to hear ManU lose with liverpool..
haha, cian kat peminat2 manU..
2-0 beb~
ni pown atas jaringan abngku, tores dan rakan sepermainannya ngog..
fan2 manU sangat panas ble ngog gol minit tambahan ke-5
sday gle, x da harapan trus dah...
BIAR X MENANG LEAGUE, ASALKAN MENANG NGAN MANU..
haha

Sunday, October 25, 2009

mlm manifestasi seni 09


huh, mcm2 even UKM ni..
mlm ni mlm manifestasi seni. so, sumer dak2 yg amik kursus ko-kerikum berasaskan seni kne perfom. terbaik laa..
ader arr 2,3 org member arip yg perform.
sangat meriah.
nak gamba2 lg, tgk je kat facebook or kat blog lg 1